-->

Apa Itu Darbuka ?


Darbuka atau doumbek adalah merupakan alat musik di dalam kategori perkusi drum. Ianya telah wujud mungkin beribu tahun yang lalu, asal usulnya dari Eropah,namun terkini ianya lebih dikenali dan dipopularkan di negara timur tengah dan afrika.

Darbuka juga merupakan peralatan muzik yang popular dengan budaya dari negara timur tengah.

Ia mempunyai pelbagai panggilan nama antaranya ” gendang, darbuka, doumbek, yanki dan tablah. Bergantung kepada jenis buatan dan dari negara yang memanggilnya. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai kompang darbuka.

Buatannya :

Darbuka mempunyai pelbagai jenis kategori dan buatan. Antaranya dari tanah liat, copper, fiberglass, aluminium dan kayu.

Buatan Darbuka daripada Egypt popular dengan darbuka yang dihiasi badannya deengan corak buatan tangan dari kulit kerang “Mother of Perl”.

Di Turki ia mempunyai darbuka yang dibuat menggunakan tanah liat. Dan menggunakan kulit ikan sebagai kepala darbuka. Darbuka dari tanah liat juga popular di Africa.

Bunyi :

Mempunyai bunyi yang nyaring dan padu. Asas pembelajaran bunyi darbuka ialah ” doum ”  ” tek ” dan ” ka ” .

Kegunaan :

Kebiasaannya darbuka di Bahagian Nusantara digunakan untuk majlis keramaiaan seperti majlis kahwin, majlis selawat nabi, persembahan di atas pentas dan sebagainya. Dan Di Malaysia ia digunakan sebagai iringan musik bagi kumpulan nasyid, berqasidah (majlis selawat ke atas nabi) dan persembahan atas pentas.

Di negara Arab, ia biasa juga dikaitkan dengan persembahan tarian gelek. Dan ada sebahagian menggunakan sebagai hiburan dan persembahan.

Komentar (0)

Posting Komentar